Monday 5 October 2015

MENCARI MAKLUMAT DAN MENYEBARKAN MAKLUMAT DENGAN SENARAI MEL

MENCARI MAKLUMAT


  • Maklumat dalam Internet boleh dicapai dengan menggunakan enjin gelintar . Antara contoh enjin gelintar yang biasa digunakan ialah Google , Yahoo! dan Bing . Carian maklumat dalam Internet bisanya dilakukan dengan menaip frasa carian pada ruang carian enjin gelintar . Carian maklumat boleh dilakukan  dengan lebih tepat menggunakan pencarian Boolean , pencarian berfrasa dan pencarian berasaskan simbol . 



 PENCARIAN BOOLEAN :
  1. And
  2. Or

PENCARIAN BERFRASA :

  1. Menggunakan tanda petik ( " " )

PENCARIAN BERASASKAN SIMBOL :

  1. Menggunakan simbol asterik ( * ) sebagai kad bebas
 

Secara umumnya , operator OR akan memperluas hasil carian , manakala operator AND akan mengkhususkan hasil carian




_______________________________________________________________
MENYEBARKAN MAKLUMAT DENGAN SENARAI MEL

  • Buku alamat e - mel ialah satu senarai atau direktori dalam aplikasi e - mel yang mengandungi nama dan alamat e - mel kenalan . Selain itu , buku alamat e - mel boleh mengandungi butiran lain seperti nombor telefon , alamat rumah dan alamat pejabat . Buku alamat e - mel mempunyai kelebihan seperti menyimpan maklumat kenalan dalam satu tempat dan boleh dicapai semula dengan mudah . 
  • Senarai mel ialah satu kumpulan alamat e - mel daripada buku alamat e - mel yang diletakkan di bawah satu nama sepunya  . E - mel boleh dihantar kepada kenalan secara pukal dengan menggunakan senarai mel yang terdapat dalam buku alamat e - mel .


















No comments:

Post a Comment