Monday 5 October 2015

MAKSUD DAN PERKHIDMATAN INTERNET

         MAKSUD INTERNET


   Internet ialah singkatan bagi internetwork . Internet merupakan gabungan rangkaian komputer seluruh dunia yang menggunakan PROTOKOL INTERNET . Antara kegunaan adalah uuntuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat . 

   Akses ke Internet  memerlukan pengguna melanggan perkhidmatan Internet melalui pembekal perkhidmatan Internet . Pembekal perkhidmatan Internet menyediakan capaian Internet kepada pengguna . 


                                                                                                         


PERKHIDMATAN INTERNET



Antara perkhidmatan Internet ialah e-mel , Jaring Sejagat (WWW), Protokol Pindah Fail (FTP),kumpulan berita , pemesejan segera dan telefoni Internet . 



  E - mel 

  • E - mel ialah perkhidmatan komunikasi data yang membenarkan penghantaran mesej berbentuk mel daripada satu penghantar kepada satu atau lebih penerima dalam rangkaian . Lampiran dokumen  elektronik  juga boleh disertakan bersama - sama mesej tersebut . 
 Jaringan Sejagat (WWW)
  •  ialah perkhidmatan yang membenarkan  akses kepada dokumen hiperteks , fail audio dan fail video dalam Internet dengan menggunakan pelayar web . 

  Protokol Pindah Fail (FTP)
  • Protokol Pindah Fail ialah perkhidmatan untuk memindahkan fail antara komputer melalui rangkaian . 


Kumpulan berita 

  • Kumpulan berita ialah perkhidmatan penyampaian berita kepada sekumpulan ahli yang berdaftar . 

Pemesejan segera 

  • Pemesejan segera ialah perkhidmatan pertukaran mesej dalam masa nyata antara dua atau lebih penguna secara dalam talian . 

Telefoni Internet

  • Telefoni Internet ialah perkhidmatan yang digunakan untuk melakukan panggilan telefoon atau memfakskan dokumen dengan menggunakan rangkaian internet .







No comments:

Post a Comment