MAKSUD INTERNET
Internet ialah singkatan bagi internetwork . Internet merupakan gabungan rangkaian komputer seluruh dunia yang menggunakan PROTOKOL INTERNET . Antara kegunaan adalah uuntuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat .
Akses ke Internet memerlukan pengguna melanggan perkhidmatan Internet melalui pembekal perkhidmatan Internet . Pembekal perkhidmatan Internet menyediakan capaian Internet kepada pengguna .
PERKHIDMATAN INTERNET
Antara perkhidmatan Internet ialah e-mel , Jaring Sejagat (WWW), Protokol Pindah Fail (FTP),kumpulan berita , pemesejan segera dan telefoni Internet .
E - mel
- E - mel ialah perkhidmatan komunikasi data yang membenarkan penghantaran mesej berbentuk mel daripada satu penghantar kepada satu atau lebih penerima dalam rangkaian . Lampiran dokumen elektronik juga boleh disertakan bersama - sama mesej tersebut .
Jaringan Sejagat (WWW)
- ialah perkhidmatan yang membenarkan akses kepada dokumen hiperteks , fail audio dan fail video dalam Internet dengan menggunakan pelayar web .
Protokol Pindah Fail (FTP)
- Protokol Pindah Fail ialah perkhidmatan untuk memindahkan fail antara komputer melalui rangkaian .
- ialah perkhidmatan yang membenarkan akses kepada dokumen hiperteks , fail audio dan fail video dalam Internet dengan menggunakan pelayar web .
Protokol Pindah Fail (FTP)
- Protokol Pindah Fail ialah perkhidmatan untuk memindahkan fail antara komputer melalui rangkaian .
Kumpulan berita
- Kumpulan berita ialah perkhidmatan penyampaian berita kepada sekumpulan ahli yang berdaftar .
Pemesejan segera
- Pemesejan segera ialah perkhidmatan pertukaran mesej dalam masa nyata antara dua atau lebih penguna secara dalam talian .
Telefoni Internet
No comments:
Post a Comment